Powered By Blogger

Thursday, 24 May 2012

cinta sejati

Assalamu'alaikum wr wbt??

percaya tak pada cinta sejati???
bagi saya, saya kurang percaya pada cinta sejati ni..
tapi saya ingin belajar mempercayainya.. saya yakin ianya pasti indah kan :)

kena cari cinta Ilahi dulu ye :) 
saya pernah suka seseorang tapi saya tak tau dia suka saya ataupun tidak. tapi, kalau saya lihat cara dia melayan saya, saya rasa dia pun macam ada perasaan dekat saya. hahahaaha... agak perasan ye...

okay la..malas nak teruskan cerita.. :P
slamat tinggal ^_^

Ustazah Jatuh Cinta?


ASSALAMUALAIKUM ?? SALAM SEJAHTERA ??
^_^


Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.

Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?

Mereka juga punya hati dan rasa.

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
 
=)
 
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia.. 

janganlah cintamu itu berlebihan dan jangan pula marahmu merosakkannya ^_^




Saturday, 19 May 2012

KAMI di pantai permai ^_^


Assalamu'alaikum? Salam persahabatan :)

di sini ingin ku mencoret dan mengimbas sedikit cebisan kenangan indah yang berlaku dalam pentas hidup ku..cewahh..haha :P
peristiwa ini berlaku  ketika si sang bunga sedang mencari ilmu di perantauan...hehe

satu program telah mengeratkan lagi hubungan antara kami, iaitu program team-building ..

ni la cikgu2 BM yg menemani ku ketika team-building di PANTAI PERMAI ^_^ .. semua comel2 ..hehe..
kami semua happy sebab dapat release tension .. Masa ni tinggal KKP terakhir jak yg belum disiapkan..
apa lagi semua pun rasa nak holiday sakan selepas bertungkus lumus buat KKP untuk sem ni..

nama kami .. terukir di pasir dan mungkin akan hilang..hehe

banyak jgk aktiviti yg kami buat masa di pantai ni..tapi tak sempat nak ambil gambar banyak2.. ada gambar posing jak la.. gambar pemandangan sedikit jak...

nampak luas kan :) ..biru langit

rakan2 lain yang turut menceriakan hari2 ku dan sentiasa memberikan peringan tatkala diri lalai..walaupun lain2 blok dan opsyen..kami tetap rapat :)

hasil titik peluh ahli kumpulanku,.. susah payah cari bahan terbuang untuk buat kereta hebat dan cool ni..hehehe
cantikkan pemandangan di waktu senja.. ucaplah SUBHANAALLAH :)
taraaa... lihatlah hasil kerja yang kami telah siapkan :) .. comel tak??hehe
ni chalet tempat pensyarah tidur..kami sebagai peserta tidur di bilik panas je..haha
bhaa..matahri sudah melabuhkan tirainya,,kami pun mau balik..hehe
Penat sudah nak upload gambar..lain kali kalau ada masa dan cik punya blog rajin update blog, akan di update la tu,,kalau tak rajin,,, terbiar je la blog ni.. sekian Assalamualaikum? ^_^


friendship never end ^_^

Saturday, 5 May 2012

puisi

Assalamu'alaikum ...
(lama tak update blog ^_^ )

disaat mata mulai terbuka
tatkala mulut berbicara
inginku mengajakmu menyatukan rasa
tanpa goda dan noda
pelipur lara




kugoreskan pena
lukisan ku tentang tawa
hiasannya bermanja
warna kilaunya setia
lembaran hidup tanpa dusta

indah bersama di singgasana
alam bahagia
alam rumah tangga
biarpun mimpi malam
semoga ia nyata
biarlah berjuta uji dan coba
akan berlalu tanpa hampa

 

biarkanlah semua derita
tinggalkanlah tentang cerita
hapuskanlah semua lara
genggam tanganku kita hadapi bersama.