Powered By Blogger

Friday 27 July 2012

Labah-labah, semut dan lebah ?


بسم الله الرحمن الرحيم

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.

Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.

Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.

Apakah pilihan anda?

Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.

Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:

Semut.


Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Labah-labah




Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. (29:41)
Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.


Lebah.



Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (16:68)
Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisyen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat.

Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda semut amat bodoh meskipun amat rajin.

Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat. 

Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning. Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memungut hasilnya sepanjang masa.

Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak bantuan dan khidmat. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat saiz sarang lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.

Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas iaitu wajib.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

والله علم
والسلام عليكم


artikel daripada : http://imranrazali.blogspot.com/2009/01/labah-labah-semut-dan-lebah.html

Thursday 26 July 2012

Puasa Si Miskin...

- Bermulanya kisah : Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kanak-kanak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" (Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan)
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawabnya..
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Adik itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita...

'Aku' adalah penulisan dari blog: alkurawi.blogspot.com

Monday 23 July 2012

Kedatangan tetamu wajib yang tidak di undang..

Assalamualaikum wbt?
Salam 1Malaysia...

Bertemu kembali kita dalam entry yang terkini..hehehe
Agak2 siapa tetamu wajib yang tidak di undang tu ya??

bila dengar ja namanya disebut, nafas den sudah sesak..hihihi
tak do ehh..berbahasa nogori plak eehh..
buat pengetahuan pembaca blog sekalian, tetamu wajib yang tak di undang tu adalah Mr. dan Mrs. Assignment ...

Hahahahahaha....!
Kurang asam kan??!! jangan marah, saya tahu korang tak da la suspen bila baca pengenalan tu..hehehe

Ermmm..
sekarang ni mereka sudah berpusu-pusu datang menyerang saya. Saya tak tahu sampai kapan perkara ini bakal terjadi.. Saya bisa pasrah aja. Sememangnya mereka wajib kok datang kepada saya .. waduh-waduh jadi Indon sudah nich.. 

Baiklah, just straight to the point je, lo ni banyak assignment datang.. dah ada DUA assignment kot..
2 tu ingat sikit ka? banyak owhh.. ada lagi pecahan2 di bawahnya..
Hari ni saya kena siapkan kerja PSV n buat semula refleksi .. esok kena hantar.. ishhh... malasnya nak buat,,..tetamu yang tak diundang ni pun tak taw bila nak balik-balik ke rumah asal dia..ini kan pula tetamu yang wajib tuh... Tunggu la dalam beberapa hari ni.. kompom! ada lagi tetamu wajib yang datang.. setiap semester, asyik dapat tetamu wajib je.. tapi setiap semester tu jugak la tetamu wajib tu berbeza-beza..hehe..
Tak apa lah.. ianya merupakan sesuatu yang mencabar.. katakan 'suka' kepada assignment ^_^


Walau apa pun.. saya berharap agar semua assignment yang diterima dapat disiapkan dengan segera.. InsyaALLAH .. :)
Tak nak macam semester lepas... urghhh... sem lepas sangat malas nak buat assignment :'(
Dan mudah-mudahan la kerja2 sampingan yang lain dapat disiapkan jugak.. :)
Doakan je yang terbaik untuk saya dan rakan2 lain..

Sekian..  ^ _ ^

coretanhati:
Ekafauziawati | Sukirman

Nota arca

Assalamualaikum?

sekarang ni tengah kalut nak fikir pasal arca sebab tak lama lagi kelas kami akan adakan pameran seni..hihihihi ^_^ ..
Di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai arca..


Arca
Definisi:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis – Jenis Arca

•Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
- Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.
Arca Mobail
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
•Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

Arca Stabail 
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
•Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.



Tokoh-Tokoh Arca

1) Tokoh Arca Luar Negara
~Micheal Angelo
~Henry Moore
~ Alberto Giacometti

2) Tokoh Arca Tempatan
~Syed Ahmad Jamal
~Anthony Lau
~Raja Shariman


*semoga bermanfaat ^_^
*maaf tiada contoh gambar arca.. nanti cari sendiri di http://www.google.com.my  

Sunday 22 July 2012

Coret-coret Ramadhan

 Assalamualaikum?

Dalam kesibukan ni (tak la sibuk sangat)... aku lupa nak update status tentang bulan Ramadhan yang telah menyinggah dalam tahun ini..
Salam Ramadhan buat rakan2 yang sudi singgah di blog saya yang kurang seberapa ni.. Hanya orang2 tertentu ja suka buka blog orang ni..tak semua.. jadi kalau mau post sesuatu tu kena mikir2 dulu..
Salam Ramadhan buat pembaca sekalian..salah silap harap maafkan

berbalik kepada Bulan Ramadhan..
 Ramadhan kali ni..InsyaALLAH aq mau buat Ramadhan yang terbaik untukku... kenapa?
senang je jawapannya, Ramadhan yang lepas2 bukan la nak kata tak baik..baik juga , tapi banyak peluang2 yang aq tak manfaatkan dengan sebaik-baiknya.. jadi, untuk Ramadhan kali ni... InsyaALLAH , doakan aq agar dapat berubah menjadi yang lebih baik dan terus istiqamah dalam melakukan perubahan kearah lebih baik..

Azam kali ni...
aq nak pupuk sikap sabar... sebelum ni aq memang seorang yang penyabar ye ke?? tak tahu la.. orang yang menilai aku..hehe..  tapi kali ni dugaan tu macam lebih hebat, sebab, maklum lah, raya tahun ni aq tak balik kampung, so, kawan2 selalu ejek2 aq..
Korang tak sedih ke bila kawan2 ejek??
Hey,, tolong la... tak matang kot ejek org sebab tak balik raya~ ~ ~
naaa...kan dah marah .... 
aq sebenarnya tak marah.. cuma sedih la... sabar2.. "memendamperasaanismystyle"

bhaaa....setakat ni ja la coretanku..malas nak tulis panjang2,, nanti ada pulak orang kata aq ni suka update status... 
memang sadis sebab dapat kenal orang macam tu..
memang la aq ni kadang kala banyak cakap..tapi aq ada perasaan jugak!!! 
aq ada perasaan !!!
ada perasaannnnnn.................
kadang2 aqmenyesal jugak sebab selalu update status..tapi biarlah..
update status di fb tak sama dengan update status di blog...

p/s *maaf kepada rakan2 yang tersinggung ketika membaca entry aq kali ni.. aq tak da niat untuk menyakitkan hati kamu..
sungguh, aq minta maaf.. bukan nak merayu supaya korang stop ejek aq..tapi biar la korang sedar sendiri..
MAAF SANGAT2.. 
salam Ramadhan...

coretanhati :
Ekafauziawati | Sukirman

Aku rindu mereka

" He slept..tired...looked at him..getting older and older...i am such a useless...cant even take care of myself well...sorry... "

Jadi sedih bila membaca status seorang sahabat di FB ni.. kenapa??
fikir la sendiri..renung2kan.. bila kita hayati maksudnya satu persatu.. aq rasa aq pun mcm tu jgk.. " i'm such a useless.. cant even take care of myself well" ... huhuhu..
part paling sedih bila melibatkan ibu dan bapa.. tapi status dia ni mention bapa dia jak.. mak dia? tak tau la...
ermmm.. acap kali teringat status dia ni, aq rasa air mata ku mula mengalir..tapi aq tahan..perit bila aq teringatkan ibu n bapa ku yang jauh dari ku...

tangisan milik ALLAH


Biarlah rasa hati tersimpan di hati murni..
ku simpan rapi buat tatapan diri..
demi rasa yang tiada siapa mengerti..
demi rindu yang entah bila akan terubati...

coretanhati:
Ekafauziawati | Sukirman 

semester baru ??

Assalamualaikum? salam sejahtera ? ^_^

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan rasa syukur sangat2 sebab masih diberi peluang kesihatan tubuh badan...
 alhamdulillah, sedar tak sedar sudah 1 tahun aku menjadi anak perantau di bumi che siti wan kembang. dan aku sudah menamatkan pengajian ku selama 2 semester. tak sabar nak sambung belajar ke semester yang seterusnya (semester 3 ^_^ ) .. INSYAALLAH kalau ada rezeki,dapat la aku menyambung semester 3 tanpa mengulang semula exam... doakan jak yang tebaik :)

semester 2 ni banyak sangat yang aku lalui, bukan aku sahaja,,rakan2 ku yang lain jugak la :) . Bak kata senior2 ku, semester di awal tahun ni merupakan semester yang memang sangat sibuk .. program pun terlalu padat dan masa nya jugak sekejap je.. sampai tak terasa yang aku dah melalui 5 bulan di maktab ni..  di sini aku nak imbas semula kenangan2 yang telah aku & kawan2 lalui..hehehe ^_^ ..kenangan sepanjang semester 2 je lah n_n ...

rakan sekelas..bakal2 guru yang sukses ^_^

ni gambar semasa kelas kami pergi buat lawatan di UMK bachok.. kami buat lawatan seni :)


Jeng,,jeng,,jeng.. ni adalah post yang saya nak post masa awal semester 3( bulan 6 lepas) tapi xhabis2 jugak buat karangn untuk entry ni..heheheh...
BTW,, next time kalau ada masa la baru sambung crita lgi ^_^

WASSALAM... 


Tired

Tired of playing games of life with you.

You are such a terrible person that I ever  know..

What brings you here?

Stop making fun of me..

I don't have the  strength to live with you again...

Oh.. What happened to my English...

Saturday 21 July 2012

MaKSuD HuRuF PeRTaMa NaMa Ku


 Anda huruf apa???


A --> Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B --> Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C --> Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D --> Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain. 

E --> Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka

F --> Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja. 

G --> Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H --> Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I --> Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J --> Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K --> Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L --> Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M --> Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N --> Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O --> Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P --> Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q --> Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi. 

R --> Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S --> Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T --> Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U --> Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai

V --> Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai

W --> Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan. 

X --> Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y --> Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z --> Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri. 

*Ini sekadar perkongsian sahaja.. Jika ada persamaan yang positif boleh di jadikan sebagai motivasi... Manakala jika ada persamaan yang negatif,  kita jangan memandangnya sebagai satu kekurangan diri kita ^_^ .. 
* Peace no WAR !!! 
 
         
 

update blog?? urghh...

Assalamualaikum?

hari ini aq telah meng'crowdedkan' blog ku..hahaha
sekian...
ntah apa nak jadi dah lepas ni..
malasnya nak taip banyak2...
there are so many idea in my head, but I don't have 'kekuatan' to 'taip' it...
OhMyEnglish~~~ hehehe

okay...
See you all next time...

Wassalam ^ _ ^

to be continue . . .

Saturday 7 July 2012

18 tahun 365 hari...07JULAI2012

Assalamualaikum?

salam sejahtera.. salam to blogger sekalian..

malas rasanya nak update blog ni.. tak ada idea..ehh..idea tu bnyak cuma tak pandai nak tulis panjang2 d blog.. ^_^
entry kali ni berkaitan dengan 18 tahun 365 hari usia ku.. aq rasa jangka masa 18 tahun tu sangat lama.. boleh dah buat banyak benda di dunia ni.. lepas tu boleh dah round2 1 dunia ni..uhh.. berangan la pulak..haha.. 

apa yang aq dah lakukan sepanjang umurku 18 tahun? ?
aq rasa tak banyak benda yang aq dah capai...
masih banyak lagi yang aq nak buat dalam hidup ni..
setiap tahun berlalu macam tu ja..
entah la apa hasil yang boleh dilihat sepanjang 1 tahun kita  melangkah nak ke usia yang baru..



ermmm....
sedih rasanya nak meninggalkan "sweet 18 " orang kata ..
ESOK dah masuk 19.. dalam masa umur 19 tu..setahun aq kena manfaatkannya dengan sebaik-baiknya..
kenapa??
sebab tahun berikutnya dah bertukar angka pulak.. masuk "20" sdah..huhu...
cepatnya masa berlalu..!!
aq tak nak..aq tak nak.... :'(
nak stay belasan tahun jugak~~~
hurm... ni la ni... macam mana nak masuk usia 20-an kalau perangai still keanak-anakan..
aduiii....


Pagi tadi... 07julai2012
aq terima mesej daripada mak n adik2..
diorang ucap " selamat hari jadi"..
siap hantar gambar birthday cake lagii..huuu~~~
terharunya aq... walaupun DIORANG WISH TERLEBIH AWAL DAN HANYA MENGHANTAR SMS SAHAJA..itu sudah membuatkan aq bersyukur dan tambah sayang mereka..


bhaa... i've no idea dah...
walaupun aq bakal jadi cikgu BM..
tapi tak reti nak tulis panjang2...
InsyaALLAH aq akan buat karangan dulu sebelum nak post something d blog tempat luahan rasa ku ni..


Lagi satu.. aku agak...bukan nak kata sedih la..tapi sedih jugak la... sebab. ___________________?  (sebab tidak lebih dari 10 patah perkataan)
huhu....
 nak tau sebabnya?? esok la baru aq tengok macam mana keadaannya...
lepas tu baru aq bgtaw sebabnya..hahaha...


sekian dulu post saya kali ini...
jika ada bahasa yang kasar seperti penggunaan perkataan atau apa2 yang membuatkan para pembaca ada rasa macam oren2 atau rasa pedas ka...saya minta maaf ya...
jangan simpan di hati...

macam makin panjang la pulak post ni bha...
naa.. line wifi ni lagi satu.. buat hal pulak...
time orang nak post something baru dia tak ada connection..
duhhh.. sengaja pulak.. cepat la... nanti makin panjang pulak saya melalut di sini...


Lagi satu.. kali ni tak ada gambar..maaf ya..tak tau nak masukkan gambar apa alasan..
haha...