Powered By Blogger

Tuesday 30 June 2015

Salam Kalam


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW...

Assalamualaikum... khaifa haluki/ kum?

Alhamdulillah..
Lamanya terasa... Tahun 2014 berlalu bukan begitu sahaja..Ya ! Setahun berlalu tanpa mengemaskini blog ku yang ku kira sudah lama aku abaikan .. Besar hajat di hati ingin meng 'update' blog yang kosong ini. Susah untuk diterangkan dengan panjang lebar. Biar diri sendiri yang merasai. Allah...

Kali ini, terdetik rasa untuk menjejak kan tangan di atas huruf-huruf komputer riba... Entah lah.. Mungkin emosi yang membawa... semoga ALLAH memberi ketenangan hati.

Banyak isu yang timbul dan berlaku, malas untuk aku mengulas panjang kerana biar aku fikirkannya sendiri...

Apa yang dihadapi bukan salah manusia disekeliling, tapi itu adalah kerana kita sendiri yang harus membuat pilihan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mencari semula kekuatan yang hilang. Yang lalu biarkan berlalu. Hari esok siapa yang tahu? (lagu HUJAN)

Setakat ini sahaja coretan hati. InsyaALLAH, doakan semoga aku bisa bertahan...


coretan | hati
Ekafauziawati | Sukirman

Thursday 15 August 2013

Tuesday 14 May 2013

Saya dan Inche Iman





Iman : Assalamualaikum, bos.
 
Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
 
Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?
 
Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
 
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS dan TV.. jadi kami rasa terpinggir..
 
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...
 
Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
 
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..
 
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..
 
Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.
 
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
 
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.
 
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
 
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
 
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
 
Diri : Dah awak tak melawan?
 
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?
 
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
 
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...
 
Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.
 
Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
 
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.
 
Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..
 
Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.
 
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
 
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..
 
Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
 
Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.
 
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
 
Diri : Terima kasih Encik Iman.

 ____________________________________________________________________________

 ***cerita yang sudah lama disimpan dalam 'stor', baru nak keluarkan :)
terima kasih sudi baca :) . Saya copy & paste dari orang lain untuk di kongsikan kepada semua ^_^

 
posted|by:

Ekafauziawati|Sukirman
   

"My heart"

Assalamualaikum...

Why choose me?
I'm not a good woman...
I'm just a little girl..



I believe in this quotes...


“Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah mesti ada kesenangan. Setiap kesabaran mesti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan. Namun jika sesuatu itu ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dapat walaupun sudah dalam genggaman. Jadi, teruskan lah melakukan perkara-perkara terbaik dalam hidup kita, kerana ia bukan satu pertaruhan"

Yes ! Yes !
Remember this one. 
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh beri halangan. Namun jika sesuatu itu ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dapat walaupun sudah dalam genggaman.
 
May ALLAH helps us..
May ALLAH ease our works..
May ALLAH bless us..

ALLAH.
ALLAH.
ALLAH.



I NEED ALLAH ! 

Wassalam...

my|heart:
Ekafauziawati|Sukirman


my heart



Saturday 27 April 2013

Hilang

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH...
Masih mampu bernafas..

Lama tak 'update' entry baharu blog ini.
Hari ini tiba-tiba terasa ingin 'sign in' dan menulis apa-apa sahaja di blog ini.
Mungkin sebab hari ini mood lain sedikit. Agaknya telah dipengaruhi oleh lagu-lagu yang ku dengari dan peristiwa-peristiwa di sekelilingku. Maka mood aku juga berubah.





Lagu yang didengari melodinya agak sedih.
Mungkin, aku juga kurang pasti sebab itu pandangan aku la.
Hari ini juga aku rasa seperti nak balik ke kampung halaman ku, Tawau, Sabah.
Rindu dengan ibu ayah (mak bapak), adik-adik yang nakal tapi aku tetap sayang mereka.
Rasanya ini ‘side effect’ selepas Family Day yang di jalankan kelmarin.
Baru-baru ini kelas aku ada buat Family Day, seronok sangat sebab jarang-jarang dapat bermesra bersama keluarga BM 1(SK) . 
Keluarga BM 1 (SK)

Namun tidak semua datang ke Family Day itu, masing-masing ada sebab tersendiri.
Terlihat kemesraan antara kami semua, di tambah dengan kehadiran mentor a.k.a tutor a.k.a ‘mama’ a.k.a pensyarah pembimbing pada malam itu. Suami beliau (merangkap timbalan pengarah)  juga turut hadir bersama pada malam tersebut. Cuma suami beliau tidak bersama-sama kami semua sehingga lewat malam, mungkin atas komitmen pada hal lain. Tapi kami bersyukur kerana dengan kesibukan pada perkara lain, mereka suami isteri sanggup datang pada malam itu.

# Tutup cerita berkenaan Family Day.

Beberapa hari kebelakangan ini banyak kehilangan insan tersayang yang sahabat-sahabat ku lalui. Takziah buat mereka. Semoga terus tabah ya sahabat.

‘ Setiap yang hidup pasti akan mati’ …

Begitulah lumrah hidup.

Sejak kebelakangan ini, aku asyik mendengar berita kematian.
Semasa hari untuk bergembira dengan keluarga BM 1, seorang sahabat mendapat berita tentang nenda nya yang telah pulang menghadap pencipta. 

Ini pula, selepas pulang dari membuat lawatan di sekolah rendah di sekitar Wakaf Baru, salah seorang pensyarah  yang mengiringi lawatan tersebut telah kehilangan ayahanda beliau. 

Yang ini, seorang sahabat telah kehilangan sahabatnya, akibat kecelakaan motosikal. Melihat kepada status di muka buku nya, status terakhir adalah ‘jealousy’ . Hmmm… (berfikir..)

Dulu, ada pernah seorang sahabat buat status yang sepertinya ada ‘hint’ untuk kejadian yang akan menimpanya esok hari, kemudian, esok hari nya itu dia betul-betul mendapat kemalangan dan patah kaki. Tapi syukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup.

Kalau mengimbas semula kejadian yang berlaku dalam beberapa minggu dan hari kebelakangan ini, sepertinya banyak rakan-rakan dan orang di sekeliling ku yang mengalami kehilangan orang yang mereka sayang.  Aku agak sedih kerana bulan Ramadan sudah semakin hampir dan mereka yang telah pergi tidak sempat untuk menikmati Ramadan kali ini. 

Ya ALLAH, doa ku supaya Engkau memberi aku kesempatan untuk merasai Ramadan kali ini.  

Ampuni dosa ku. Dosa kedua orang tua ku, dosa adik-beradik ku, dosa pensyarah ku, dosa guru-guru ku, dosa sahabat-sahabat ku, dosa orang-orang yang ku sayangi, dosa seluruh saudara seIslamku. 

#Wassalam 

#Sekadar perkongsian hati

#Assalamualaikum
#Gomennasai | Asiff | Ampun 


coretan|hati:
Ekafauziawati|Sukirman 












Sunday 17 February 2013

Saya Jatuh Cinta Disebabkan Syaitan

 
 
Citer nie mmg best....benar kata org,,klu benda berkenaan dgn agama..bila sampai di hati,,terase seronok bila membaca..ulang2 pun xbosan.. ^_^

Yang da baca..alhamdulilah..yang belom teruskan..:)

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras ya
ng cantik dan menawan.

Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada.

Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu.

Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.

Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A : Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice : Tapi..

Lelaki A : Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik.

Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice : Ha, ada apa erk?

Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B : Saya…saya…

Alice : Kenapa? cakaplah..

Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..

Alice : sebab?

Lelaki B : Perlukah bersebab?

Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice : Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja.

Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa.

Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice : Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.

Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C : (hanya mampu tunduk)

Alice : Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.
Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin,saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.
Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice : (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.
Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia Salamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

::Dua tahun kemudian…::

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif : Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu : Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia.Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif : Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.
Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia.dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu : Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas.

Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin

sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..

entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman.

Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif : Assalamu’alaikum.

Alissa : Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif : ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa : Hum.. akhirnya…

Akif : (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa : Ya.

Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.




Akif : (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif : Alice…(terharu..)

Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif : Sebab?

Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

Akif hanya tersenyum..^_^

bip2: Moral of the story pilihlah yang beragama...

Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

saya copy cerita ni..
macam mana?
best tak?
sweet gitu..
^___^
semoga cinta kita berada di jalan yang diredhai ALLAH :)
InsyaALLAH.. Aaminnn

posted by:
Ekafauziawati|Sukirman

Wednesday 13 February 2013

Si Dia Datang Tatkala Kau Bersendirian

Assalamualaikum...
Hambe ingin berkongsi satu entri yang sangat bermanfaat buat diri hambe.. juga buat diri pembaca juga. InsyaALLAH..
Kali ni hambe telah 'coffee' daripada blog Inche Aswan & 'pasta' kan di blog hambe..
Jom baca . . . =)



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Huu.. Jangan bro.. jangan..
Jangan berani bersendirian..
Jangan biarkan dirimu bersendirian tanpa sibuk dengan kebaikan dan ketaqwaan.
Bahaya..





“Kenapa pulak?”

“Sebenarnya.. Kalau bersendirian, kita tidak keseorangan. Tetapi ditemani
dengan banyak syaitan.”

Ya, memang benar. Kita sendiri tahu apa yang berlaku ketika bersendirian bukan?

Syaitan dan konco-konconya akan cari peluang untuk  jatuhkan kita. Macam-macam hasutan masuk dalam 
fikiran kita. Macam-macam godaan akan datang. Kita diserang dari semua arah.

Syaitan sudah bagitahu pasal ni..

ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ 

 “Kemudian pasti aku (syaitan) akan mendatangi mereka (manusia) dari hadapan dan dari belakang mereka.
Juga dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”  
[7:17]

Itu janji Syaitan La’natullah! Mereka akan menyelinap masuk ke dalam segenap penjuru kehidupan kita.

Perhatikanlah diri kita saat bersendirian..
apa yang kita fikirkan? Apa yang kita terbayang-bayangkan? Apa yang kita lakukan?

“alaa.. bukan ada orang tengokpun.. kau sendiri saja..
rugi kalau tak layan movie ni.. ”




“tunggu apa lagi? Curi sajalah.. godam sajalah..”

“Tidurlah.. tidur lagi best.. nanti bagi alasanlah sikit.. lagipun tiada sesiapa yang nampak..”

“Kau tu penat.. relax-relaxlah dulu.. solat boleh buat kemudian.. ”

“balas dendam.. cepat rosakkan barang dia sebelum dia datang!”

“Sedap arak ni.. testlah sikit.. tiada orang sekarang ni..”


….Dan banyak lagi idea (untuk buat dosa) yang akan keluar dari kepala kita..

Ketika itu, dengan mudah iman akan turun, nafsu pula akan naik. Mengapa tidak, pujuk rayu syaitan sangat hebat. Sungguh indah dan mempesonakan. Apabila kena dengan selera, mata kita seakan-akan buta, telinga seolah-olah pekak, mulut pula tiba-tiba bisu. Akhirnya maksiat dilayan begitu sahaja.

Ketika diri sudah lena dibuai keseronokan nafsu, soal dosa tidak lagi dihiraukan. Betul bukan?

Ya.. Ketika itu kita tahu bahawa ‘Allah Maha melihat’, tetapi kita tidak peduli. Kita buat-buat tidak tahu.
Kita tahu bahawa malaikat yang ada disamping kita sedang mencatat amalan, tetapi kita buat-buat tidak perasan malah tidak mengendahkannya.

Hmm.. Teruk bukan? ..
begitulah akibatnya apabila bersendirian tanpa iman yang mantap dan amal yang soleh.
Diri kita boleh jadi binasa tanpa disedari. Iman menjadi semakin pudar seakan-akan lenyap. Boleh rosak diri kita.

Tahu apa respon daripada rasulullah berkenaan orang yang bermaksiat tatkala bersendirian?

Cuba fahami dan hayati hadis ini;

“Aku benar-benar akan mengetahui sejumlah kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan seberat Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya debu yang dihamburkan”

Tsauban berkata,

“Wahai Rasulullah, gambarkanlah karakter mereka kepada kami, jelaskanlah keadaan mereka kepada kami, agar kami tidak termasuk dari kalangan mereka, sedangkan kami tidak mengetahuinya.”

Rasulullah SAW bersabda,

Ketahuilah, mereka itu adalah saudara kalian, berasal dari darah daging kalian, bahkan mengerjakan ibadah pada waktu malam sebagaimana yang kalian kerjakan, tetapi mereka adalah kaum yang apabila bersendiri, mereka melanggar larangan Allah.”

[Riwayat Ibnu Majah]


Aduh.. rugi besar bukan? Memang rugi..

Tanyakan diri kita, mahukah diri kita rosak binasa di dunia dan rugi besar di akhirat?

Pasti tidak! Tiada siapa yang mahu..

Maka marilah kita berusaha menjauhi maksiat ketika bersendirian mahupun ketika beramai-ramai.

Jangan beri peluang kepada Syaitan.
Sibukkanlah diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Andai hasutan dan godaan syaitan datang bertubi-tubi, cepat-cepat minta pertolongan daripada Allah!

Ungkapkan kalimah ini berkali-kali;  

"Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam!!"

Ulang berkali-kali..
Jangan ulang sekadar dibibir, tetapi biarlah dari hati yang betul-betul takut untuk berdosa. 

Ingat.. cepat-cepat minta pertolongan Allah! Buang semua hasutan yang mendatang. Jauhi maksiat itu dengan sepenuh kekuatan. Jangan biarkan syaitan berjaya memujuk nafsu kita.

Ingat pesan Allah SWT;


وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ  


"Dan jika Syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi dengan fikiran jahat (untuk berbuat dosa) dari syaitan, mereka segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." [7:200-201] 

Sahabat-sahabat semua.. Jangan kita lupa.

Ingatlah bahawa Malaikat selalu ada di sisi kita.

Disebabkan perintah Allah, Malaikat sungguh taat memerhatikan tindak-tanduk kita.Setiap perkara yang kita lakukan akan dicatat kesemuanya.Tidak ada yang tertinggal walaupun hanya sebesar zarah.



Tetapi.. siapa yang betul-betul menyedari kehadiran malaikat itu?
Siapa yang betul-betul risau akan catatan amalan dirinya?



لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ 



"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di hadapan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah..." [13:11]

Yang paling penting.. Bukan malaikat sahaja yang memerhatikan kita. Malah Allah sendiri juga akan melihat serta menyaksikan kehidupan kita. Allah tidak pernah mengantuk apatah lagi tertidur. Semua ciptaanNya berada di bawah pengawasan-Nya. Maka takutlah akan Allah walaupun kita tidak melihat-Nya.


إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ 


"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." [67:12]

Pergh.. Sungguh jelas apa yang Allah khabarkan. Beruntung besar sesiapa yang takut akan Allah meskipun dia tidak melihat-Nya. Bukan setakat dapat pahala yang besar, bahkan dapat keampunan daripada Allah ‘Azza Wa Jalla. Alhamdulillah..

Tidakkah kita memerhatikan? Tidakkah hati kita menyedarinya?
Renung-renungkanlah wahai diri..


BILA??




JADILAH



 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah..
Semoga dapat ilmu yang berguna..
Terima Kasih kepada pemilik asal entri di atas..
Terima Kasih juga kepada pembaca terhormat ^_^
WASSALAM..

Posted by:
Ekafauziawati|Sukirman