Powered By Blogger

Wednesday 13 February 2013

Si Dia Datang Tatkala Kau Bersendirian

Assalamualaikum...
Hambe ingin berkongsi satu entri yang sangat bermanfaat buat diri hambe.. juga buat diri pembaca juga. InsyaALLAH..
Kali ni hambe telah 'coffee' daripada blog Inche Aswan & 'pasta' kan di blog hambe..
Jom baca . . . =)



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Huu.. Jangan bro.. jangan..
Jangan berani bersendirian..
Jangan biarkan dirimu bersendirian tanpa sibuk dengan kebaikan dan ketaqwaan.
Bahaya..





“Kenapa pulak?”

“Sebenarnya.. Kalau bersendirian, kita tidak keseorangan. Tetapi ditemani
dengan banyak syaitan.”

Ya, memang benar. Kita sendiri tahu apa yang berlaku ketika bersendirian bukan?

Syaitan dan konco-konconya akan cari peluang untuk  jatuhkan kita. Macam-macam hasutan masuk dalam 
fikiran kita. Macam-macam godaan akan datang. Kita diserang dari semua arah.

Syaitan sudah bagitahu pasal ni..

ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ 

 “Kemudian pasti aku (syaitan) akan mendatangi mereka (manusia) dari hadapan dan dari belakang mereka.
Juga dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”  
[7:17]

Itu janji Syaitan La’natullah! Mereka akan menyelinap masuk ke dalam segenap penjuru kehidupan kita.

Perhatikanlah diri kita saat bersendirian..
apa yang kita fikirkan? Apa yang kita terbayang-bayangkan? Apa yang kita lakukan?

“alaa.. bukan ada orang tengokpun.. kau sendiri saja..
rugi kalau tak layan movie ni.. ”




“tunggu apa lagi? Curi sajalah.. godam sajalah..”

“Tidurlah.. tidur lagi best.. nanti bagi alasanlah sikit.. lagipun tiada sesiapa yang nampak..”

“Kau tu penat.. relax-relaxlah dulu.. solat boleh buat kemudian.. ”

“balas dendam.. cepat rosakkan barang dia sebelum dia datang!”

“Sedap arak ni.. testlah sikit.. tiada orang sekarang ni..”


….Dan banyak lagi idea (untuk buat dosa) yang akan keluar dari kepala kita..

Ketika itu, dengan mudah iman akan turun, nafsu pula akan naik. Mengapa tidak, pujuk rayu syaitan sangat hebat. Sungguh indah dan mempesonakan. Apabila kena dengan selera, mata kita seakan-akan buta, telinga seolah-olah pekak, mulut pula tiba-tiba bisu. Akhirnya maksiat dilayan begitu sahaja.

Ketika diri sudah lena dibuai keseronokan nafsu, soal dosa tidak lagi dihiraukan. Betul bukan?

Ya.. Ketika itu kita tahu bahawa ‘Allah Maha melihat’, tetapi kita tidak peduli. Kita buat-buat tidak tahu.
Kita tahu bahawa malaikat yang ada disamping kita sedang mencatat amalan, tetapi kita buat-buat tidak perasan malah tidak mengendahkannya.

Hmm.. Teruk bukan? ..
begitulah akibatnya apabila bersendirian tanpa iman yang mantap dan amal yang soleh.
Diri kita boleh jadi binasa tanpa disedari. Iman menjadi semakin pudar seakan-akan lenyap. Boleh rosak diri kita.

Tahu apa respon daripada rasulullah berkenaan orang yang bermaksiat tatkala bersendirian?

Cuba fahami dan hayati hadis ini;

“Aku benar-benar akan mengetahui sejumlah kaum dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan seberat Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya debu yang dihamburkan”

Tsauban berkata,

“Wahai Rasulullah, gambarkanlah karakter mereka kepada kami, jelaskanlah keadaan mereka kepada kami, agar kami tidak termasuk dari kalangan mereka, sedangkan kami tidak mengetahuinya.”

Rasulullah SAW bersabda,

Ketahuilah, mereka itu adalah saudara kalian, berasal dari darah daging kalian, bahkan mengerjakan ibadah pada waktu malam sebagaimana yang kalian kerjakan, tetapi mereka adalah kaum yang apabila bersendiri, mereka melanggar larangan Allah.”

[Riwayat Ibnu Majah]


Aduh.. rugi besar bukan? Memang rugi..

Tanyakan diri kita, mahukah diri kita rosak binasa di dunia dan rugi besar di akhirat?

Pasti tidak! Tiada siapa yang mahu..

Maka marilah kita berusaha menjauhi maksiat ketika bersendirian mahupun ketika beramai-ramai.

Jangan beri peluang kepada Syaitan.
Sibukkanlah diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Andai hasutan dan godaan syaitan datang bertubi-tubi, cepat-cepat minta pertolongan daripada Allah!

Ungkapkan kalimah ini berkali-kali;  

"Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam!!"

Ulang berkali-kali..
Jangan ulang sekadar dibibir, tetapi biarlah dari hati yang betul-betul takut untuk berdosa. 

Ingat.. cepat-cepat minta pertolongan Allah! Buang semua hasutan yang mendatang. Jauhi maksiat itu dengan sepenuh kekuatan. Jangan biarkan syaitan berjaya memujuk nafsu kita.

Ingat pesan Allah SWT;


وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ  


"Dan jika Syaitan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayang-bayangi dengan fikiran jahat (untuk berbuat dosa) dari syaitan, mereka segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." [7:200-201] 

Sahabat-sahabat semua.. Jangan kita lupa.

Ingatlah bahawa Malaikat selalu ada di sisi kita.

Disebabkan perintah Allah, Malaikat sungguh taat memerhatikan tindak-tanduk kita.Setiap perkara yang kita lakukan akan dicatat kesemuanya.Tidak ada yang tertinggal walaupun hanya sebesar zarah.



Tetapi.. siapa yang betul-betul menyedari kehadiran malaikat itu?
Siapa yang betul-betul risau akan catatan amalan dirinya?



لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللّهِ 



"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di hadapan dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah..." [13:11]

Yang paling penting.. Bukan malaikat sahaja yang memerhatikan kita. Malah Allah sendiri juga akan melihat serta menyaksikan kehidupan kita. Allah tidak pernah mengantuk apatah lagi tertidur. Semua ciptaanNya berada di bawah pengawasan-Nya. Maka takutlah akan Allah walaupun kita tidak melihat-Nya.


إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ 


"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." [67:12]

Pergh.. Sungguh jelas apa yang Allah khabarkan. Beruntung besar sesiapa yang takut akan Allah meskipun dia tidak melihat-Nya. Bukan setakat dapat pahala yang besar, bahkan dapat keampunan daripada Allah ‘Azza Wa Jalla. Alhamdulillah..

Tidakkah kita memerhatikan? Tidakkah hati kita menyedarinya?
Renung-renungkanlah wahai diri..


BILA??




JADILAH



 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah..
Semoga dapat ilmu yang berguna..
Terima Kasih kepada pemilik asal entri di atas..
Terima Kasih juga kepada pembaca terhormat ^_^
WASSALAM..

Posted by:
Ekafauziawati|Sukirman

No comments:

Post a Comment