Powered By Blogger

Sunday, 30 September 2012

Dakwah Social Network

Assalamualaikum... [jawab salam dulu ye] hehe
 Setelah sekian lama tidak meng'update' blog ni.. hari ni..ada la jugak sedikit perkongsian.. tu pun saya 'coffee and pasta" sahaja ^_^
Cerita ni saya ambil daripada sebuah blog..
Blog cik green apple ni :)  http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/2011/12/dakwah-social-network.html
Jom baca cerita dia ...


Makin lama kan aku tengok makin ramai ustaz and ustazah kat social network.
Nak berdakwah and nasihat-menasihati tu memang baik.
Kata-kata yang benar tu walaupun pedih tapi kalau betul, memang harus disampaikan jugak.
Betul la tu.

Tapi cara penyampaian yang macamana yang sesuai untuk berdakwah ni?

"Ustazah and ustaz pilihan" ni kebanyakkannya ambik yang surface je.
Oh pandai nak kondem orang kemain lagi siap letak kata-kata Rasulullah saw bagai "Berkatalah yang benar walaupun pahit".

Heloooooo!
Yang PAHIT tu adelah faktanya. Bukan kata-katanya.

Tapi korang yang rajin "berdakwah" ni selalunya hantar PAHIT tu dari segi penyampaiannya!
Kat mana berhemahnya dakwah tu kalau kau sebenarnya memalukan orang, mengguris hati orang?
Tell me, kat mana berhemahnya?

Hari tu aku nampak ada orang tag gamba awek si KFCM tu kat newsfeed.
Well, memang awek tu pakaiannya seksi.
Tapi perlu ke korang kenduri ramai-ramai kat situ?
Kemain lagi sorang-sorang berlumba-lumba post 'nasihat'. Sampai ada sorang perempuan tu dengan beraninya hantar komen "Beginikah perempuan yang nak dijadikan calon isteri wahai lelaki sekalian? Masyaallah".

Amboiiii. Perfectnya kau sampai nak komen orang macam tu sekali.

That is not the way untuk bagi kesedaran ye sayang :)
Orang tambah menyampah lagi ada.
Yang pelik tu, yang rajin bagi 'nasihat' ni semua yang bertudung. Why eh?

Bukan tak boleh nak nasihat orang.
Tapi cara tu sangat tak kena.
Kau macam lebih kepada nak malukan dia rather than menasihati.
Tak boleh ke kau cakap "Cantik orangnya, kalau satu hari nanti dia bertudung mesti lagi cantik".
Tak susah kan nak berdakwah cara macam tu?
Ke sebab kau sakit hati dia cantik and gojes?


Ini lah jadinya kalau ada manusia sentiasa beranggapan diri dia adelah jauh lebih baik dari orang yang berada di depan dia. Kalau pun dia sexy, kalaupun dia liar, tak boleh ke kau ambik pendekatan lain nak menasihat?
Ramai yang nak menasihat tapi kebanyakkannya tak kena gaya.
Apa perlunya kau "nasihat"kan awek tu kat public kalau bukan untuk memalukan dia?
Kau takde pendekatan yang lagi bijak ke?
Nak nasihatkan orang pun kena guna akal dik.


Lagi satu gamba saper ntah artis yang dulu gamba dia pakai baju nampak tepi t*t*k tu. Cantik budak tu tapi aku tak pernah tengok dia berlakon pun. Tapi selalu masuk paper. Yang couple dengan Shah Jaszle tu.

Dulu ada budak tag gamba artis ni dengan kawan-kawan dia snap gamba depan cermin. Memang semua cantik-cantik. Bergaya.
Ada sorang mamat ni komen "Cantiknya. Kalau lah jadi awek aku..."
Dan-dan tu ada pompuan reply "Bangga ke dapat awek macam ni? Dedah-dedah macam ni?"

Eh eh.
Kau pulak yang sakit hati.

Pastu terus kat bawah-bawah tu berbalas-balas "dakwah and nasihat".
Ujung-ujung aku rasa masing-masing bukan nak menasihat pun, tapi lebih kepada nak tunjuk pandai. Aku yang baca pun naik confuse.

Awek tu seksi-meksi memang kita semua nampak dah jelas dan nyata kat mana kesalahan dia. Tapi kita yang bertutup litup ni selalunya tak berapa nak nampak kesalahan kita kat mana sebab kita rasa kita dah buat benda-benda yang dituntut agama.
Ingat ye, Tuhan kalau nak campakkan iman dalam hati sesaper, sekelip mata je orang tu boleh berubah. Kalau DIA nak kita, DIA akan tunjukkan. Kalau DIA taknak kita pun tak susah kalau DIA nak tunjukkan. Dah banyak dah cerita-cerita dalam kisah Nabi yang kita boleh jadikan teladan. Kisah pelacur yang Allah janjikan syurga sebab dia tolong anjing, kisah pendeta Yahudi yang tak sempat bersolat tapi dijanjikan syurga, and kisah orang yang suka melepak main kad tapi dapat syurga.

Kisah ni best, meh aku ceritakan kepada sesiapa yang belum tau.

Cerita dia gini.
Ada sorang alim ni kat Mekah dapat mimpi dari Rasulullah saw.
Nabi pesan carik si polan bin si polan kat negara mana ntah and sampaikan kat dia bahawa Allah janjikan syurga untuk dia.
This alim guy pun carik, and jumpa.
Tapi masa dia jumpa laki tu, laki tu tengah melepak main kad.
Dia tak jadi nak dekat.
Dia rasa mungkin dia silap.
Malam tu dia mimpi lagi.
Esoknya dia nampak laki ni dari pagi sampai tengahari dok main kad ngan kawan-kawan.
Dia tak jadi nak datang dekat.
Malam tu lagi sekali dia mimpi.
Esoknya, dia jumpa laki tu.
Dia kata dia mimpi Rasulullah saw minta sampaikan bahawa Allah janjikan syurga untuknya.
Menangis lelaki tu.
Lelaki alim tu tanya apa amalan dia yang membuatkan dia dapat syurga sedangkan dari pagi sampai ke tengahari dia dok main kad.
Laki tu taknak cakap pada mulanya, lepas didesak baru dia cakap.
Dia kata, setiap kali dia dapat gaji, separuh dari wang gaji dia akan peruntukkan untuk bantu sorang perempuan  berstatus balu yang anaknya ramai. Dia bagi makan, sediakan keperluan-keperluan lain selama 12 tahun lamanya dia buat keje ni tanpa isteri dia tau. Isteri dia tak pernah tau sebab dia tak pernah abaikan keperluan di rumah sendiri. In fact, takde sorang pun yang tau melainkan orang yang dia bantu tu.
Atas sebab itulah Tuhan janjikan dia syurga.

Sebab tu kita jangan perlekehkan orang lain. Kita sendiri tak tau amalan-amalan kita ni Allah terima atau tak. Kita cuma kena terus beruasaha. At the same time, rasanya tak perlula kot nak perkecilkan orang lain. Kita tak tau mungkin ada amalan dia yang Allah redha. Kalau kita rasa kita tak dapat nak bezakan antara dakwah dan dengki, baik kita berdoa dalam hati je. Mintak kebaikan untuk dia dan diri kita sendiri supaya masing-masing menjadi lebih baik.

Sekian sahaja cerita untuk kali ni..
Semoga memberi manfaat kepada kita semua.. InsyaALLAH ..
Jom cuci mata dengan gambar di bawah ni..kalau boleh la..hehe
Sekadar renungan bersama .. ^_^

Menerima teguran yang positif dengan hati yang terbuka.

Tuesday, 28 August 2012

WaNita Adalah MahLuk Yg Kuat

Assalamualaikum.. Di jawab dulu salamnya yach :) 
Peringatan khusus: Ini harus di baca pakei loghat Indonesia ^_^



1. Ketika wanita menangis, itu bukan berarti
dia sedang mengeluarkan senjata
terampuhnya,melainkan justru berarti dia

sedang mengeluarkan senjata terakhirnya...

2. Ketika wanita menangis, itu bukan berarti
dia tidak berusaha menahannya,melainkan
karena pertahanannya sudah tak mampu lagi
membendung air matanya...

3. Ketika wanita menangis,itu bukan karena
dia ingin terlihat lemah,melainkan karena dia
sudah tidak sanggup berpura-pura kuat...

4. Mengapa wanita menangis?Karena wanita
juga seorang manusia yang memiliki
perasaan...
Kami tidak pernah menuntut
banyak kecuali pengertian.Kadang kami
terlihat manja, banyak maunya, atau
mungkin di mata lelaki seperti kalian, kami ini
hanyalah makhluk yang menyusahkan...
Tapi ketahuilah, kami masih tetap berdiri
tegar meski kalian telah menghantam kami
dengan banyak rasa sakit yang mendera...
Kami
masih tetap seperti orang yang sama ketika
kalian berusaha pergi dan menghindar lantas
datang kembali membawa asa...

Meski kami terlihat tidak peduli, meski kami
terlihat mengacuhkan, tapi percayalah jauh
dilubuk hati kami, kami punya sejuta doa
untuk kalian...
Karena kita ditakdirkan untuk berpasangan, tidak untuk menjalani
kesendirian...

Kami memang selalu tampak berlebihan
dalam mengeksplorasi perasaan kami, itulah
mengapa anak selalu terlahir dari rahim kami
kaum wanita...
Karena Tuhan ciptakan ruang
luas di bawah hati kami untuk tempat
bernaungnya hasil-hasil cinta kita.Karena ya...
lagi-lagi kami ini wanita, dimana Tuhan
mentakdirkan kami sebagai makluk yang akan
selalu terlihat lemah diluar tapi kuat
didalamnya.
..

Maka hargailah keberadaan Wanita.
Ini cuma saya copy paste aja kok ^_^ 

^_^

Sunday, 26 August 2012

Hari raya itu~~~

Assalamualaikum wr wbt..

Sudah lama hamba tidak menulis di sini..
Tidak tahu mengapa..
Bagaikan tiada yang memberi inspirasi..

Hari raya sudah seminggu berlalu..
Harapnya hamba belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MINAL AIDIN WAL FAIZIN.. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.. SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN KITA SEMUA .. INSYAALLAH...
Semoga kita semua kembali kepada fitrah kerana apa?
Kerana perkataan "aidilfitri" itu bermaksud kembali kepada fitrah atau suci.
Ini juga bermakna manusia kembali kepada fitrah, kembali suci dan kebersihan jiwa.
Dengan itu dapatlah kita mengekalkankan hidup kita dengan hati yang bersih serta jalan hidup yang diredhai Allah bermula pada Aidilfitri ini.
INSYAALLAH...

Macam mana dengan sambutan aidilfitri kalian untuk tahun ini?
Meriah ka?
Jom komen di bawah.. ^_^

Disini saya ingin cerita la sambutan raya saya yang tak seberapa ni ..hehe
 Kali ni sambutan hari raya saya biasa sahaja.. 
Kata orang bersederhana.. 
Biasalah sambut raya di asrama..
Cuti ni tak balik kampung...huhuhu.. sebak rasa hati..
Nak sambut raya dengan meriah pun tak ada mood..
Tapi syukur la juga sebab ada sahabat2 yang sudi ajak datang ke rumah mereka dan saya sempat la pergi rumah keluarga angkat untuk 2 hari ..hehe..
Walaupun saya rasa sedih tak lah sedih sangat, tapi saya kuatkan hati jugak dan think positive la..
Sebab apa? Bukan saya dan kawan saya je julianah namanya..nama kawan saya tu.. yang tak balik raya..ada jugak kawan lain yang tak balik.. jadi kuatkan lah hati ni ^_^ .. Dari situ kami pun boleh la menyambut hari raya dengan perasaan yang tak dapat nak gambarkan ..hahaha.. 
Ni ada sedikit ceritera hidup ku sepanjang raya :D 

Beberapa hari sebelum raya/ budak2 IPG balik kampung:
--> semua orang dok sibuk angkut barang2 nak balik kampung..beg besor2 isi dengan baju2 raya kot and macam2..hehe..biasalah habis di borong semua barang2 masa di Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang  :D

Saya pulak bukan main sibuk jugak nih.. sibuk angkat baju, peralatan memasak, buku2..hahaha.. bukannya nak balik kampung,,tapi nak berpindah bilik ke blok sebelah,, blok cik Julianah :D ..
Bukan tak nak tidur di bilik sendiri, tapi almaklum lah seperti yang saya sudah khabarkan pada entry hamba sebelum ni,, pasal kes budak2 baling mercun ke arah bilik saya tu..

Malam raya
Masa ni semangat dah nak pi rumah akak senior, akak JPP kami di IPG.. Semangat dah kemas baju, barang2 keperluan semuanya la..akhirnya...tapi tak jadi, sebab apa? sebab ayah saya tak benarkan..huhu..rumah dekat je pun..tak sampai 5km..tapi tak dibenarkan juga.. biasalah, seorang ayah yang penyayang tak sanggup anaknya tidur di rumah org, nnti menyusahkan pulak..huhu..terharu~~~
Okay, teruskan..lepas saya dan kawan, cik Julianah xjadi pergi rumah akak senior tu..kami pun tidur la di asrama..lagi menyedihkan..dlam 1 blok asrama tu kami 2 je ..seram dan sedih kot.. ngam2 lagi masa tu tengah dengar takbir raya..lagi la sedih.tapi pendam ja la.. hehe

Raya pertama
Bangun je tidur, langsung tak da suasana raya! seriously ! Macam hari2 biasa ja..urgghhh... perasaan  masa tu memang xde mkna raya lgsung.. Nasib la ada kak sakinah JPP tu datang lagi sekali ke asrama dan menjemput kami ke rumahnya untuk beraya :) ..dapat jugak la kami beraya di rumah orang :D

Raya kedua/ raya ketiga
Masa ni kira okayla sebab saya beraya di rumah keluarga angkat.. yang sedihnya cik julianah terpaksa la tinggal dan tidur sebilik dengan cik mona, akak kita ^_^ ..hehe.. kesian mereka ditinggalkan..orang ajak sekali tak nak pulak .. :D

Raya keempat
Sampai je di asrama tu, saya terus dapat mesej orang ajak pergi beraya di rumah abg YDP JPP kami.. Nahhh.. dua kali sudah pegi rumah JPP ni..hehe..  Kak sakinah pun datang sekali beraya dengan saya, julianah dan hisyam dan...

Raya kelima / keenam / ketujuh dan seterusnya
Tiada sudah raya kelima..hahaha..kami dah tak pergi beraya dah..
Duduk dalam asrama tu... terkurung dalam bilik dan masak2 lah kami.. huhu..\

Tu je lah cerita ringkas tentang perjalanan hari raya saya yang sanagt menyedihkan tapi saya amat bersyukur sebab dapat sambut raya d rumah orang lain ^_^...

Okay lah..lain kali jumpa lagi ..hehehe
Nah, ucapan raya daripada saya dan cik Julianah :)

Selamat hari raya, minal aidin walfaizin.. :) [gambar raya pertama dgn memakai bukan baju raya]















Dia pun nak beri ucapan jugak !! LMH ! ^_^

Analisis Olimpik London

Assalamualaikum..salam sejahtera [jawab salam dulu]

Kali ni saya nak kongsi satu cerita yang menarik dan sangat menarik lah !  
Kali ni kena baca sampai habis demi keselamatan akidah kita..
Walaupun agak terlambat sikit, tapi sudah namanya analisis jadi mestilah lambat ^_^ ..

Semoga memberi manfaat kepada kita. INSYAALLAH ..

Analisis Olimpik London.
Ritual Mesir Masonic?
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olimpik 2012.

Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.

Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.

2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri. 

Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.

2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION

Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.

Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak. 

Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda. 

Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.

sumber: End Justice

Apapun 'perencanaan' mereka di Olimpik 2012, ingatlah:

"Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka, sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun." (Ibrahim : 46)



perhatikan simbol2 pada gambar






Sekian.. 


Sumber dari Facebook.. Saya lupa apa nama Fb dia ^_^


Peace No War !!!

Friday, 10 August 2012

Aku Takut .

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Assalamualaikum wr wbt?

Akhir2 Ramadhan ni banyak pula benda2 yang berlaku.
Salah satunya kejadian mercun.
Aku takut dengan keadaan di asrama sekarang ni.
Dahla bilik ku dekat dengan jalan raya, dekat dengan pagar pula tu!
Nak buat macam mana?
Aku takut jugak.
Beberapa hari ni, ada budak2 luar yang naik motor baling mercun ke arah bilik.
Aku tak tau nak buat apa.
Aku hanya ambil tindakan dengan tutup langsir & matikan suis lapu ja.
Bila dah takut, automatik kita tak dapat nak buat sesuatu yang bagus.
Huhuhu..
Walaupun pada luaran aku kadang nampak biasa ja, tapi aku takut juga dengan situasi macam ni.

Hari ni pula,
kejadian membaling batu pula yang berlaku.
Ni aku lagi takut!
Macam mau demam ja duduk dalam bilik tu.
Aku off suis & ambil laptop untuk dijauhkan daripada tingkap bilik.
Aku takut sangat masa ni.
Aku duduk di depan almari dalam keadaan gelap dan biarkan budak2 luar tu lempar batu.
Tak dapat nak buat apa2 sebab aku takut nanti diorang buat macam2.
Beberapa lama lepas tu, baru keadaan senyap.
Masih juga tak lega walaupun keadaan seperti sedia kala.
Masih juga berada dalam keadaan gelap sebab aku masih takut.
Aku rasa tak selamat duduk sini.


Tak tahu nak buat apa.
Tidak aku menyangka.
Semua bakal berlaku.
Di hadapan ku.
Saat aku keliru.
Saat aku membeku.
Bilakah ada ruang.
Untuk aku kembali girang.
Meniti hari mendatang.
dengan senyuman riang.

coretanhati:
Ekafauziawati|Sukirman

Friday, 27 July 2012

Labah-labah, semut dan lebah ?


بسم الله الرحمن الرحيم

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.

Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.

Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.

Apakah pilihan anda?

Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.

Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:

Semut.


Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.

Labah-labah




Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. (29:41)
Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.


Lebah.



Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (16:68)
Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisyen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat.

Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda semut amat bodoh meskipun amat rajin.

Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat. 

Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning. Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memungut hasilnya sepanjang masa.

Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak bantuan dan khidmat. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat saiz sarang lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya.

Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas iaitu wajib.

Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

والله علم
والسلام عليكم


artikel daripada : http://imranrazali.blogspot.com/2009/01/labah-labah-semut-dan-lebah.html

Thursday, 26 July 2012

Puasa Si Miskin...

- Bermulanya kisah : Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kanak-kanak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" (Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan)
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawabnya..
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Adik itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita...

'Aku' adalah penulisan dari blog: alkurawi.blogspot.com