Assalamualaikum, salam ukhwah saudara seislamku... [salam wajib dijawab]
Buat kaum Adam..
Macam mana ciri-ciri wanita yang kalian idamkan??
Wanita yang mempunyai latar belakang agama yang bagus kah? Sudah tentu la kan..
Tak ada kaum Adam yang inginkan wanita yang tidak baik agamanya..
Sedangkan Nabi SAW menganjurkan kaum Adam untuk memilih wanita yang baik agamanya..
Subhanallah.. beruntungnya kaum Adam kalau dapat menikahi wanita yang solehah.. ^_^ |
Betapa sejuk mata, bila memandang wanita yang solehah, yang memang memenuhi ciri-ciri wanita idaman seorang lelaki.
Sudah tentu terdetik di dalam hati untuk memiliki wanita sedemikian. Begitulah impian semua lelaki di dunia ni. Inginkan yang terbaik untuk mereka jadikan suri di dalam hati mereka.
Tetapi kadang-kadang rasa kasihan juga terhadap wanita yang kurang pengetahuan agamanya, yang masih tercari-cari di manakah jalan lurus menuju keredhaan Penciptanya, masih ingin mengubah diri menjadi sebahagian daripada wanita-wanita solehah yang lain.. Mereka ini sebenarnya lebih perlu diberi perhatian daripada kaum Adam kerana mereka lebih memerlukan bimbingan daripada seseorang.
Alangkah indahnya sesebuah rumahtangga itu jika seorang suami mengajarkan isterinya tentang ilmu-ilmu agama...
Alangkah bahagianya sesebuah rumahtangga itu jika seorang suami membimbing isterinya untuk bersama-sama mencari rahmat dan redha ALLAH...
Dikisahkan dalam sebuah novel;
Seorang pemuda harus memilih antara 3 orang wanita untuk dikahwininya... Wanita pertama seorang yang sangat di cintainya.. Wanita kedua seorang yang patuh pada agama.. Dan wanita yang ketiga seorang wanita bukan Islam yang baru memeluk Islam dan ingin mencari petunjuk Ilahi... Si pemuda meminta nasihat daripada gurunya, berkenaan siapakah yang harus dipilihnya untuk dijadikan isterinya kelak. Gurunya pun memberitahu bahawa.. Jika dia memilih wanita yang pertama, iaitu wanita yang dicintainya, cinta itu boleh juga hadir pada dua orang wanita yang lain tadi. Jika dia memilih wanita yang patuh pada agama, rumah tangganya insyaALLAH bahagia. Dan jika dia memilih wanita yang baru memeluk Islam itu tadi, kamu mungkin boleh membimbingnya menjadi wanita solehah.
Daripada ketiga-tiga wanita itu, kaum Adam itu telah memilihn wanita yang ketiga. Iaitu wanita yang baru memeluk Islam. Dia telah mempertimbangkan nasihat gurunya tadi dan telah membuat keputusan..
Pada pendapat saya, lelaki itu telah membuat pilihan yang tepat dan bijak.. Walaupun ada wanita yang baik dan patuh kepada agama, namun dia memilih wanita yang lain kerana dia tahu yang dia mempunyai TANGGUNGJAWAB yang besar untuk menyampaikan dakwah kepada wanita yang ketiga tadi..
SUBHANALLAH..
Betapa mulianya hati seorang Adam yang sehingga waktu baginya untuk berkahwin dia masih memilih wanita yang kurang dari segi agamanya untuk di berikan dakwahnya. Semoga dakwah yang diberikan kepada isterinya itu mendapat ganjaran daripada ALLAH SWT.
Saya hormat kepada lelaki yang sedemikian.. Berfikir tentang dakwah Islam yang ingin disampaikan disamping ingin membimbing si isteri yang dicintai.
Masih wujudkah golongan lelaki sebegini sekarang? Jika ada, ALHAMDULILLAH.. Mudah-mudahan ALLAH SWT memberi balasan syurga kepada mereka.
Tapi harus ingat juga, jika diri merasa ilmu agama yang ada pada diri kurang, berusahalah untuk menambah ilmu agama itu. Kalau sudah tahu ilmu agama tu kurang, jangan lah pula memilih wanita yang ilmu agamanya kurang, berusahalah untuk mencari wanita yang solehah. Tapi ALLAH sudah janji kan iaitu, wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. InsyaaALLAH... ^_^
Jadi, sekali lagi di beri peringatan, perbaikilah diri sendiri sebelum mengharapkan sesuatu yang baik datang kepada kita.
WALLAHU'ALAM ...
Semoga Bermanfaat..
Terima Kasih Sudi Baca..
Yang baik datangnya dari Pencipta sekalian makhluk..
Yang buruk datangnya dari hamba hina ini..
Wassalam...
Coretan:
Ekafauziawati|Sukirman
gambatte ^_^
ReplyDeleteArigatōgozaimashita
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan ni.. semoga ena dan kita semua mnjadi wanita yang muslimah dan di jaga oleh Allah
ReplyDeletesama2 :) .. insyaALLAH .. Aminnnn
ReplyDeletebetul tu...mukan mudah nk cari kaum adam yg mcm nie..
ReplyDelete:)
ReplyDeleteberdakwah sambil bercinta.. sangat sweet :)